PERHATIAN! : Pohon Cadangan Perjumpaan MailJah Seterusnya

Alhamdulillah perjumpaan MailJah di Kota Warisan berjaya dengan cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Rumah dan Penaja Utama iaitu Bonda Bahiyatul Nazarah. Terima kasih juga kepada chef-chef yang bertungkus lumus menyiapkan juadah. Chef Bonda Madakhiah Ismail, Chef Bonda Hamidah Ismail, Chef Bonda Fadzilah Ismail dan pembantu-pembantu daripada kalangan para cucu cicit Mailjah yang ada.

Ada cadangan bagi mengadakan perjumpaan seterusnya di Bentong ataupun Janda Baik selepas Hari Raya Aidil Adha. Pihak saya memohon maklum balas semua bagi mencadangkan tarikh untuk mengadakan perjumpaan tersebut. Ini bagi memudahkan pihak saya membuat penempahan tempat dan penyediaan menu (berserta bajet :) ) sekali. Boleh dibincangkan di ruangan diskusi di bawah. Cadangannya selepas Ayahanda Jamaludin pulang dari London. Pohon perhatian.

Perjumpaan MailJah (Hari Kedua)

 Pada hari ini pihak keluarga MailJah bergotong royong menyediakan juadah makan tengah hari yang istimewa. Pelbagai menu yang menarik disediakan oleh chef-chef jemputan MailJah. Menu tersebut adalah :

  • Masak Kuzi Ayam oleh Chef Madakhiah Ismail
  • Masak Kari Kepala Ikan oleh Chef Hamidah Ismail
  • Kambing BBQ oleh Chef Madakhiah Ismail
  • Kari Daging oleh Chef Fadzilah Ismail
  • Nasi Putih oleh Chef Bahiyatul Nazarah Ismail (:) jangan marah ye)

Makan tengah hari dimeriahkan lagi oleh tetamu daripada keluarga En. Abdul Ghani.

Selepas selesai makan tengah hari dan mengemas. Ahli keluarga MailJah berombongan bagi melawat kubur Bonda Allahyarhamah Khadijah Haji Muhammad di Kapar, Selangor. Bersama ini dikongsikan foto daripada lawatan tersebut. Ini adalah program terakhir perjumpaan MailJah kali ini.

Pintu masuk ke kawasan kubur Kapar 

Berdoa dan bertahlil 

Nisan tercatat nama Khadijah Haji Muhammad 

Perjumpaan MailJah di Kota Warisan (Hari Pertama)

Alhamdulillah malam semalam keluarga MailJah berjaya menganjurkan majlis tahlil keluarga. Kehadiran kali ini terdiri daripada 4 keluarga MailJah, iaitu keluarga Madakhiah, keluarga Hamidah, keluarga Fadzilah dan keluarga Bahiyatul (Zie). Majlis tahlil dikepalai oleh Muizz, menantu kepada Puan Nabilah, keluarga sepupu MailJah. Ia diteruskan dengan majlis makan malam dengan menu utamanya steambot makanan laut dan satay. Steambot dikendalikan oleh Chef Hamidah Ismail dan Satay sumbangan Puan Bahiyatul Nazarah (Zie).

Hadirin menunggu makanan dihidangkan

 

Wah sedapnya satay!!!

 

Hadirin sedang menikmati steambot.

 

Gambar-gambar penuh majlis boleh dilihat di Galeri MailJah.Com (klik di sini)

Perjumpaan Keluarga MailJah di Kota Warisan

Pada hari ini (18 hb. Oktober 2007) hingga esok (19 hb. Oktober 2007) keseluruhan ahli keluarga MailJah akan mengadakan pertemuan di Kota Warisan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2007.