[VIDEO] Cucu Sulong MailJah di Rancangan Keluarga Di 9, Saluran TV9

Bersama ini dikongsikan sedutan rancangan Keluarga di 9, rancangan bual bicara saluran TV9 yang ditayangkan secara langsung. Fauzul Na’im Ishak, cucu sulong MailJah dijemput sebagai salah seorang panelis rancangan tersebut pada 28 April 2008. Bersama ini disertakan sedutan rancangan tersebut.

Bagi menonton rancangan ini secara penuh boleh terus ke laman web beliau iaitu http://www.fauzulnaim.com (Klik Di Sini) ataupun ke MQ TV di YouTube di alamat berikut http://www.youtube.com/tvmq (Klik Di Sini)

Cucu Sulong MailJah di Rancangan Keluarga di 9, Saluran TV9 jam 1 petang Hari Ini (28 April 2008)

April 28, 2008
1:00 pmto2:00 pm

Cucu MailJah yang sulong, En. Fauzul Na’im Ishak bersiaran secara langsung sebagai ahli panel rancangan Keluarga di 9, saluran TV9 Media Prima berdasarkan butiran berikut :

  • Topik : Adat Perkahwinan Melayu
  • Pengacara : Farah Adeeba.
  • Tarikh : 28hb April 2008 (Isnin)
  • Waktu Siaran Langsung : 1.00 petang hingga 2.00 petang
  • Waktu Siaran Ulangan : 12.30 tgh mlm hari yang sama

Majlis Ramah Mesra Keluarga Makngah + Kejutan!!!

Kami baru sahaja pulang daripada rumah Makngah Hamidah Ismail. Di sana berkumpullah beberapa ahli keluarga MailJah, antaranya Maksu Bahiyatul Nazarah, Fadhlil Azim (anak Maklang Fadilah Ismail) dan isteri, anak-anak makngah Tarmizi, Afiq dan juga keluarga kami Mama Madakhiah Ismail, Ayah Ishak Haji Ibrahim, saya, isteri dan kedua-dua anak kami, adik Faridul Fikri bersama isteri dan anak.

Kami dijemput bagi meraikan hari lahir bakal menantu Makngah Hamidah dan Pakngah Ahmad Shanusi. Siapa? Boleh lihat gambar di bawah. Dan satu benda menarik, kejutan (macam AF lah pula). Majlis menyarung cincin kepada bakal menantunya. Nama bakal menantu mereka Nurul Hafizah Mokhtar tunangan kepada Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi. Mari lihat gambar di bawah

rumahmakngah1.jpg

Majlis dimulakan dengan memotong kek, ini selepas makan mee rebus Makngah.

rumahmakngah2.jpg

Mesyuarat keluarga untuk membawa rombongan ke Selama

rumahmakngah3.jpg

Kejutan, Makngah menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya

Rombongan Meminang Ahmad Hafizal pada 30 Ogos 2008 ke Klang

August 30, 2008
12:00 pmto4:00 pm

Keluarga Ahmad Shanusi dan Hamidah akan menghantar rombongan meminang bagi anak mereka yang kedua Ahmad Hafizal Ahmad Shanusi pada 30 Ogos 2008. Rombongan ini bagi menyatakan hasrat memetik puteri di Klang, Selangor. Ahli keluarga dijemput untuk turut serta meramaikan majlis

Rombongan Meminang Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi ke Selama 14 Jun 2008

June 14, 2008
12:00 pmto4:00 pm

Keluarga Ahmad Shanusi dan Hamidah akan menghantar rombongan meminang bagi anaknya yang sulung Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi pada 14 Jun 2008. Rombongan ini bagi menyatakan hasrat memetik puteri di Selama Perak. Ahli keluarga dijemput untuk turut serta meramaikan majlis

Bakal Ahli Keluarga

Ini saya sertakan seorang lagi bakal ahli keluarga MailJah. Dengan siapa? Nama apa? Nantikan pendedahannya oleh yang punya diri dan bakal pak mertua mungkin hendak bercakap.

image160.jpg

Gambar Yang dicandid semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

nurulhafizah.jpg

Gambar yang lebih dekat

Cucu Ke 2 MailJah Di Dalam Akhbar Berita Harian 25 Januari 2008

Gambar Ahmad Tamizi Ahmad Shanusi di akhbar Berita Harian 25 Januari 2008

Alahai! Tunanganku

Alhamdulillah! Pada 29 Mac 2008 tarikh hikmat, majlis merisik diadakan. Anak pasangan Hamidah Ismail dan Ahmad Shanusi, Ahmad Hafizal selamat ditunangkan dengan Zatul Akma. Ini adalah wajah-wajah gembira mereka.

Majlis pertunangan pada 30 Ogos 2008. Merisik pun sudah kira tunangan. Sudah berdarah manis.

fizaltunang.jpg

Hafizal dan tunangnya, Zatul Akma

fizaltunang2.jpg

Keluarga mereka kesemuanya sekali