Makluman Mengenai Program Membawa Rombongan Meminang Buat Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi ke Selama 14 Jun 2008
Mesej ini saya sunting daripada mesej awal bakal bapa mertua, Tuan Haji Ahmad Shanusi
Salam semua,
Pertunangan Tarmizi. 14/6/08 dicadangkan kita berkumpul di stesyen Petronas sebelum Pekan Selama – Jalan Kamunting ke Selama. Semua tak akan terlepas punya.
Cadangan semua tiba di sana jam 12.15 hingga 12.30 tengah hari. Kemudian ke masjid untuk bersembahyang Zohor. Selepas itu terus rumah bakal besan. Rasanya tidak ada masalah kerana pihak besan sudah mengesahkan tarikhnya.
Tuan Haji Ahmad Shanusi
Bakal Bapa Mertua
Harap maklum
Adakah Anda Kenal Lelaki Ini?
TERPAKSA… Walaupun caj meletak kereta di Kuala Lumpur terus meningkat dan tidak selaras tetapi pengguna tiada pilihan
Ini adalah tajuk gambar yang ditemui di dalam muka surat 26, Utusan Malaysia 28 Mei 2008. Apabila melihat kepada tajuk yang diletakkan pada gambar saya terfikir, apakah kaitan mamat dalam gambar ini dengan tajuk gambar. Rasa macam kenal gambar ini. Adakah dia ini tauke tempat letak kereta? Ataupun tukang tarik kereta? Nampak hensem semacam sahaja.
Mungkin dia ini pemantau tempat letak kereta, ataupun pemberita yang menyamar dan meminta rakannya mengambil gambar beliau. Gambar ini seakan-akan menfokus kepada beliau. Rasa seperti dirancang. Ataupun beliau sememangnya orang yang terkenal. Berpakaian seperti CEO syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Tapi memang macam kenal orang ini.
Kalau tak silap dia sudah bertunang dengan seorang doktor di HKL. Kalau tak silap dia ini adalah anak kepada Leftenan Kolonel bersara. Rasanya dia ini adik kepada seorang pembuat laman web terkenal. Rasanya dia ini anak kepada seorang guru pakar dam cemerlang. Siapa dia ini?
Mungkin kita sama-sama fikirkan siapa dia ini.
Perjumpaan MailJah Kota Warisan Berjaya Dengan Cemerlang!!
Perjumpaan MailJah Kota Warisan 2008 melabuhkan tirainya pada petang tadi. Tepat jam 1 petang, para delegasi MailJah seluruh Malaysia berlepas pulang ke tempat masing-masing. Ia dimulakan dengan rombongan MailJah Ipoh, Tuan Haji Hasbullah.
Perjumpaan MailJah Kota Warisan 2008 berjalan dengan lancar dan jayanya. Menu tengah hari tadi adalah Nasi Daging Merah yang disediakan oleh chef-chef pakar daripada MailJah dengan diketuai oleh Puan Hajjah Madakhiah Ismail dengan dibantu oleh chef Hamidah Ismail.
Para delegasi menjamu selera dengan cukup berselera walaupun sebenarnya masih belum tengahari kerana pihak penganjur menyediakan makan tengah hari pada jam 11 pagi. Dilihat wakil daripada Ipoh Tuan Haji Hasbullah makan dengan penuh selera. Menambah satu pinggan lagi selepas habis satu pinggan sebelumnya.
“Depa bubuh nasi sikit”
Itu alasannya untuk menambah lagi.
Bendera penganjuran perjumpaan MailJah sudah diserahkan dengan rasminya oleh Tuan Haji Abdul Ghani Hasan kepada penganjur seterusnya iaitu Pengerusi MailJah Cawangan Ipoh, Tuan Haji Jamaludin Yusof.
Bersama ini disertakan koleksi gambar sumbangan En. Azizul Hafiz Jamaludin daripada kamera Olympus Separa SLR yang baru dibelinya. Terima kasih En. Azizul Hafiz. Gambar-gambar ini beresolusi tinggi dan sesuai untuk dimuat turun dan dibingkaikan buat tatapan generasi akan datang. Nikmatilah. Selamat tinggal Kota Warisan, bertemu kembali di Ipoh nanti.
Laporan Hari Ke 2 Perjumpaan MailJah Kota Warisan
Acara bersambung hari ini. Pada malam semalam selepas sesi makan BBQ dan menonton Akademi Fantasia yang menyaksikan Stanley keluar, disambung dengan sesi karaoke keluarga MailJah. Ramai bakat-bakat baru menonjolkan kebolehan men’sumbang’kan lagu.
Antara yang paling menonjol adalah Tuan Haji Hasbulllah Helmi. Beliau menghabiskan lagu daripada dua CD sehingga menyebabkan para hadirin terlena dibuainya. Antara pe’nyumbang’-pe’nyumbang’ yang lain adalah Puan Hajjah Bahiyatul Nazarah, Tuan Haji Ahmad Shanusi, Puan Hajjah Hamidah Ismail dan ramai lagi. Ia berlanjutan hingga ke jam 2 pagi. Hebat memang hebat…!
Pagi tadi, acara diteruskan dengan bersarapan dengan makan murtabak ‘Maktok Jah’ yang disediakan ramuannya oleh Puan Hajjah Madakhiah dengan diuli oleh Tuan Haji Hasbullah Helmi. Diiringi tenaga-tenaga pakar yang lain seperti Puan Hajjah Hamidah , Puan Hajjah Fadzilah dan menantu-menantu mereka yang lain.
Kami baru sahaja selesai makan tengahari walaupun sebenarnya belum tengahari dengan makanan khas nasi daging merah dengan air asam. Memang menarik, pada kali ini tema perjumpaan “MAKAN SAMPAI LETIH” mencapai sasarannya. Kesemua hadirin pada kali ini memang tidak sempat lapar. Semuanya perlu memulakan kembali sesi diet mereka. Tahniah kepada pihak penganjur dan diharap dapat menganjurkan lagi perjumpaan sebegini di waktu akan datang.
Ini merupakan satu cabaran kepada penganjur akan datang iaitu pasukan MailJah cawangan Ipoh, Tuan Haji Hasbullah Helmi dan Puan Hajjah Fadzilah. Semoga perjumpaan yang akan datang semeriah kali ini. Tahniah sekali lagi kepada pasukan MailJah cawangan Kota Warisan.
Daripada Kota Warisan : Perjumpaan MailJah 17 Mei 2008
Saya berlintas langsung daripada Kota Warisan, melaporkan perjumpaan MailJah kali ke 2 2008. Pada kali ini Puan Bahiyatul Nazarah (Mak Su) dan En. Abdul Ghani (Pak Su) menjadi tuan rumah. Sehingga sekarang, setiap keluarga sudah mempunyai wakil di Kota Warisan. Mungkin boleh dimaklumkan sesiapa yang hadir sehingga kini.
Keluarga Madakhiah Ismail
- Tuan Haji Ishak Haji Ibrahim
- Puan Madakhiah Ismail
- Fauzul Na’im Ishak
- Faridul Fikri Ishak
- Nurulhilyati Abdul Halim
- Hasminoor Zulkafli
- Asiah (Mak Mertua Faridul)
- Muhammad Iqbal Nu’aim Fauzul Na’im
- Muhammad Isyraf Idraki Fauzul Na’im
- Muhammad Qaid Darwish Faridul Fikri
Keluarga Hamidah Ismail
- Puan Hajjah Hamidah Ismail
- Tuan Haji Ahmad Shanusi Che Mad
- Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi
- Ahmad Hafizal Ahmad Shanusi
- Zatul Akma (Tunang Hafizal)
Keluarga Fadzilah Ismail
- Tuan Haji Jamaludin Yusof
- Puan Hajjah Fadzilah Ismail
- Fadhlil Azim Jamaludin
- Azizul Hafiz Jamaludin
- Aizat Shukri Jamaludin
- Ezan Zarina Othman
- Nuha Herwati Selamat
- Danish Naufal Fadhlil Azim
Keluarga Hasbullah Helmi Ismail
- Tuan Haji Hasbullah Helmi Ismail
- Puan Hajjah Mazni
- Nor Azreen Hasbullah Helmi
Keluarga Adilah Ismail
- Fikri Azim Jalal
- Ainil Nazmin Jalal
Keluarga Bahiyatul Nazarah Ismail
- Puan Hajjah Bahiyatul Nazarah Ismail
- Tuan Haji Abdul Ghani Hasan
- Abdul Muiz Abdul Ghani
- Athiyatul Shakiran Abdul Ghani
- Izzatul Shafikah Abdul Ghani
- Abdul Hafizz Abdul Ghani
- Abdul Qayyum Abdul Ghani
dan beberapa ahli kehormat yang dijemput bersama.
Menu pada kali ini cukup hebat, antaranya adalah :
- Rojak Singapura
- Kek Tiramisu
- Puding
- Bubur Kacang
- Bubur Jagung
- Apam
- BBQ Ayam
- BBQ Kambing
- BBQ Daging Lembu
- BBQ Ikan
- BBQ Sausage
- BBQ Udang
- BBQ Ubi Kentang
- Air tembikai
- Air teh tarik
Ini baru pada hari pertama, hari kedua lagi banyak. Nantikan laporan seterusnya. Tunggu….
Maksu Bahiyatul Nazarah Menjemput Semua Ahli & Ahli Bersekutu MailJah Ke Kota Warisan Pada 17 Mei 2008
| May 17, 2008 | ||
| 10:00 am | to | 8:00 pm |
Maksu Bahiyatul Nazarah Ismail dan Paksu Abdul Ghani menjemput semua ahli dan bakal ahli MailJah ke Kota Warisan pada 17 hb Mei 2008. Ini adalah SMS daripada maksu yang diperoleh petang tadi
Salam semua,
InsyaAllah plan to do our family get-together at Kota Warisan on Saturday, 17 May 2008. Dijemput kakak-kakak, abang-abang, anak-anak saudara dan bakal-bakal anak saudara, cucu-cucu, I hope ALL is available. Open suggestion for menu & program.
Regards,
Zie, Ghani & Family
Apa lagi! Berilah cadangan menu. SAYA CADANGKAN BBQ KAMBING GOLEK!!!


