Adakah Anda Kenal Lelaki Ini?

utusankota28mei2008.jpg

TERPAKSA… Walaupun caj meletak kereta di Kuala Lumpur terus meningkat dan tidak selaras tetapi pengguna tiada pilihan

Ini adalah tajuk gambar yang ditemui di dalam muka surat 26, Utusan Malaysia 28 Mei 2008. Apabila melihat kepada tajuk yang diletakkan pada gambar saya terfikir, apakah kaitan mamat dalam gambar ini dengan tajuk gambar. Rasa macam kenal gambar ini. Adakah dia ini tauke tempat letak kereta? Ataupun tukang tarik kereta? Nampak hensem semacam sahaja.

Mungkin dia ini pemantau tempat letak kereta, ataupun pemberita yang menyamar dan meminta rakannya mengambil gambar beliau. Gambar ini seakan-akan menfokus kepada beliau. Rasa seperti dirancang. Ataupun beliau sememangnya orang yang terkenal. Berpakaian seperti CEO syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Tapi memang macam kenal orang ini.

Kalau tak silap dia sudah bertunang dengan seorang doktor di HKL. Kalau tak silap dia ini adalah anak kepada Leftenan Kolonel bersara. Rasanya dia ini adik kepada seorang pembuat laman web terkenal. Rasanya dia ini anak kepada seorang guru pakar dam cemerlang. Siapa dia ini?

Mungkin kita sama-sama fikirkan siapa dia ini.