Adam Hakeem Cicit Ke 5 MailJah, Cucu Puan Hajjah Fadzilah Ismail & Tuan Haji Jamaluddin Yusof
Sebelum ini saya tidak berkesempatan mengemaskini laman web ini dengan maklumat mengenai cicit ke 5 MailJah dan adalah cucu ke 2 kepada Puan Hajjah Fadzilah Ismail dan Tuan Haji Jamaluddin Yusof. Adam Hakeem nama yang diberi, cahaya mata kepada saudara Azizol Hafidz & saudari Nuha.
Tengku Kecil Adam Hakeem lahir pada 4 Jun 2008 pada jam 4.24 pagi di Hospital Ampang Puteri. Berat semasa keluar 3.21 Kg. Tahniah kepada keluarga Hajjah Fadzilah dan Tuan Haji Jamaluddin, juga kepada sepupuku saudara Azizul Hafiz dan saudari Nuha
Di bawah disertakan gambar dalam suasana kegembiraan mereka. Ayuh kita hayati saat-saat itu.
Majlis Pernikahan Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi (Cucu MailJah Kedua) Dengan Nurul Hafizah Mokhtar di Selama 27 Disember 2008
| December 27, 2008 | ||
| 10:00 am | to | 4:00 pm |
Sebagai makluman awal kepada semua ahli MailJah, majlis pernikahan kedua-dua bakal mempelai Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi & Nurul Hafizah Mokhtar diadakan pada 27 hb Disember 2008 di Selama, Perak. Majlis pernikahan dijangka pada jam 10 pagi.
Kenduri dilangsungkan di rumah bakal pengantin perempuan Nurul Hafizah di Selama, Perak. Sebarang maklumat akan dikemaskini daripada masa ke semasa.
Ahmad Tarmizi dan Nurul Hafizah bersama keluarga kedua-dua pihak (gambar pada hari pertunangan)
Gambar Sekitar Pertunangan Cucu Kedua MailJah Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi
Saya baru sahaja menerima pautan bagi memuat turun gambar pertunangan daripada Ahmad Tarmizi sendiri. Mari kita hayati kemeriahan suasana pertunangan tersebut. Tahniah wahai sepupuku, tahniah wahai bakal sepupuku.
Rombongan Meminang Untuk Cucu Mailjah Ke 2 Ke Selama (Laporan Oleh Muiz Ghani)
Salamz alaik…
Cuti Universiti sudah tiba!! dan 14 Jun 2008 merupakan tarikh yang begitu bersejarah buat abang saudara aku sorang neyh, ia merupakan hari yang menjadi impian bagi lelaki dan wanita terutama sekali yang masih bujang, iaitu hari pertunangan, bukan nikah ekh… ;p
So, seperti yang dipaparkan tajuk di atas, pada Sabtu lepas kami saudara mara mengadakan rombongan pertunangan abang saudaraku iaitu Ahmad Tarmizi bin Ahmad Shanusi ke nun jauh di Selama, Perak Darul Ridzwan dan insyaAllah ingin merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan. Orangnya segak,tampan,kacak lagi bergaya, nak tahu siapa gerangan abang saudaraku itu? Gambarnya di bawah ini
bergaya kans
Perjalanan kami sekeluarga untuk mengikuti rombongan tersebut bermula pada awal subuh lagi, sejurus selepas menunaikan solat subuh, kami bertolak pada pukul 7 pagi. Mase nak menjemput makwa from Perhentian Jambatan Sungai Buloh, tengah sebok sembang menyembang tiba-tiba my mom said:-
“Eh terlepas la pulak nak masuk, macam mane nak u-turn neyh?”
Kami semua terlepas pandang nak masuk perhentian tu, kene u-turn balek, kesian makwa kene tunggu lame2.. sory eks Mak Wa,ehee..
lepas tu kami pon buat u-turn di exit Sungai Buloh, nasib baik dekat aje, and mase dah amek Mak Wa, dia tanye:-
“awat lambat sangat??” (slang kedah)
“kitorang terlepas nak masuk, jadi kene u-turn balek, iyo le syiok sembang-sembang tengok dah terlepas” my mom said
after dat kitorang tergelak sakan, macam-macam.. ngee..
my mom,driver bertauliah
gelagat-gelagat penumpang
So kami meneruskan perjalanan to my uncle’s house, Pak Teh, kat Ipoh sane, our 2 hours journey from 8 to 10 a.m. banyak senda gurau and keceriaan, maklumlah dah lame tak jumpe saudara-mara, uhuu.. Setibanya di rumah Pak Teh kami makan sarapan pagi, nasi lemak dengan sambal sotong special bak kate Pak Teh, hehe..
da food is delicious sampei ada la tambah gaks, tanx Pak Teh for da delicious breakfast
Perjalanan kami ke Selama diteruskan pada pukul 11 pagi setelah semua orang bersiap sedia, aku telah ditempatkan di dalam kereta Pak Lang dan di sepanjang perjalanan banyak perkara yang kami sembangkan dan one thing that i get is reading this one book, ape tajuknye lupe laks, tapi it is an interesting motivation book. Banyak di baca oleh orang-orang yang berjaya dan pengarangnya adalah salah seorang yang menulis buku Chicken Soup. One thing that i have learn from this book is ‘You Are 100% Responsible For Yourself’. Maksudnya dalam segala apa tindakan yang anda lakukan, serta setiap perkara yang terjadi, puncanya adalah daripada anda sendiri dan jangan mudah untuk menyalahkan orang lain. Kita sendiri yang menentukan siapa diri kita, antara mahu menjadi orang yang lebih baik ataupun sebaliknya.
Kami tiba di Masjid Selama pada tepat pukul 1 petang dan di situ kami berjumpa dengan keluarga yang ingin bertunang dat is Pak Ngah’s family. Kami menunaikan solat Zuhur di masjid tersebut dan selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah pihak perempuyan yang tidak jauh dari masjid tersebut. Sebanyak 6 buah kereta yang mengiringi rombongan kami dan orang-orang yang terlibat dalam rombongan ini termasuklah:-
- Mr. Haji Jamaludin Yusof (Pak Lang)
- Mrs. Fadzillah bt. Ismail (Mak Lang)
- Brader Aizat b. Syukri (kazen)
- Mr. Hasbullah Helmi b. Ismail (Pak Teh)
- Mrs. Hajjah Mazni (Mak Teh)
- Mrs. Adilah bt. Ismail (Mak Cik)
- Sista Ainil Nazmin Jalal (kazen)
- Mr. Haji Ishak b. Haji Ibrahim (Pak Wa)
- Mrs. Madakhiah bt. Ismail (Mak Wa)
- Mr. Haji Ahmad Shanusi b. Che Mad (Pak Ngah a.k.a bapa orang yang bertunang)
- Mrs. Hajjah Hamidah bt. Ismail (Mak Ngah a.k.a ibu orang yang bertunang)
- Broder Ahmad Hafizal b. Ahmad Shanusi (kazen)
- Sista Zatul Akma (tunang broder Hafizal)
- Broder Ahmad Afiq b. Ahmad Shanusi (kazen)
- Mrs. Bahiyatul Nazarah bt. Ismail (my mom)
- Broder Abdul Hafizz b. Abd. Ghani (adeq)
- Broder Abdul Qayyum b. Abd. Ghani (adeq)
- Serta saudara mara sebelah Pak Ngah
Para Rombongan Lelaki
Para Rombongan Wanita
Tuan Haji Ahmad Shanusi Che Mad a.k.a bapa si empunya yang bertunang
Puan Hajjah Hamidah bt. Ismail (pink) a.k.a mak si empunya yang bertunang
Setibanya di rumah pihak perempuan, kami disambut meriah oleh tuan rumah dan mereka telah sediakan juadah yang begitu enak sekali untuk kami makan tengahari. Tanx tuan rumah
by da way nama tunang abang saudar aku neyh Nurul Hafizah,molek orangnya, sesuai dengan abang saudara aku ni,bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua,ngee.. Setelah semua habis mengisi perut masing-masing maka bermulalah sesi yang paling ditunggu-tunggu iaitu pestunangan, serta perbincangan untuk menetapkan tarikh pernikahan, banyak yang dibincangkan dan terselit juga senda gurau, maklumlah, orang-orang senior kalau dah start sembang tak ingat dunia,ngee..
Akhirnya setelah banyak perkara yang dibincangkan, kesimpulannya tarikh yang dicadangkan untuk pernikahan ialah 27 Disember 2008, tetapi segala perubahan tarikh akan dimaklumkan, insyaAllah. Majlis menyarungkan cincin juga selamat dilaksanakan di dalam bilik pihak perempuan, maka di situ sekuntum bunga telah disunting dan insyaAllah selepas ini bersedia untuk majlis pernikahan
Semua aktiviti telah berjalan dengan lancar dan majlis pertunangan itu berakhir pada pukul 4 petang diakhiri dengan doa serta sedikit juadah kuih-muih.
Rombongan membawa hantaran
Kameraman yang bertugas
Ada gementar?
Sebuk menikmati juadah
Me wif my lil bro, Ayyum
Sesi perbincangan bermula
Bersama tunang perempuan
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kesemuanya gembira, kedua-dua pihak telah berpuas hati dan bersetuju dengan segala perkara. kami bertolak pulang dari rumah pihak perempuan pada pukul 4.30 petang. Kami tidur di sepanjang perjalanan coz kepenatan, kecuali drivernye tak tidur la, len plaks jadinya,uhuuu.. Kami semua singgah rumah Mak Lang
di Ipoh untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Kami bertolak pulang pada pukul 9 malam dan alhamdulillah selamat tiba di Kota Warisan pada pukul 11.30 malam.
Semoga ikatan yang telah dibina dapat diteruskan dan insyaAllah berkekalan sehingga ke akhir hayat, insyaAllah
and to abang Jiji, congratz kayh!!
Maka inilah salah satu aktivitiku semasa cuhti semester neyh, persoalan kepada anda semua sebelum aku menghaciskan coretanku ini,
bila pulak aku nak bertunang eks??
jawapannya..
tunggu… hekhek.. ;D
sekian sahaja laporan dari saya,salamz alaik..
Isteri Cucu MailJah Yang Sulong Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Di HUKM
Sekarang jam 3.28 pagi. Saya baru sampai ke rumah di Bentong. Pulang daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Isteri saya Nurulhilyati Abdul Halim mengalami kehamilan luar rahim yang menyebabkan luka di bahagian dalam perut dan mengeluarkan darah. Selepas beberapa kali berubah hospital daripada Klinik di Selayang (mengatakan isteri saya mengalami apendiks, dan menyarankan untuk ke doktor pakar kerana isteri saya mempunyai polisi insurans bagi tujuan pembedahan tersebut), ke Hospital PUSRAWI (tidak menerima polisi insurans Prudential SOS), ke Hospital Tawakal (Tidak menerima pesakit kerana wad sudah penuh), ke Ampang Puteri Specialist Centre (Dimaklumkan isteri saya mengalami kehamilan luar rahim, dinyatakan bahawa polisi insurans tidak membiayai kes yang melibatkan kehamilan. Caj di sana dianggarkan RM 8,000 ke RM 9,000. Caj konsultansi sahaja sudah RM431.00) terus diminta bertukar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana di sana mempunyai pakar dalam bidang O&G yang boleh membuat pembedahan cara laproskopi dengan kadar lebih rendah. Akhirnya isteri saya masuk ke wad pembedahan jam 11.30 malam dan keluar jam 2 pagi tadi.
Saya bersama keluarga dan anak-anak pulang selepas isteri keluar daripada wad. Isteri saya sekarang berada di Wad Berlian, Tingkat 2, HUKM. Sesiapa yang ingin melawat, HUKM menerima pelawat pada jam 12.30 petang dan 5.30 petang. Ini sekadar makluman dan Alhamdulillah isteri saya sudah stabil. Mata masih tidak mengantuk walaupun sebenarnya keletihan. Terima kasih kepada Pakngah Shanusi, Makngah Hamidah dan Pakcik Jalal. Kami sekeluarga amat menghargainya.
Rombongan Meminang Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi ke Selama 14 Jun 2008
| June 14, 2008 | ||
| 12:00 pm | to | 4:00 pm |
Keluarga Ahmad Shanusi dan Hamidah akan menghantar rombongan meminang bagi anaknya yang sulung Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi pada 14 Jun 2008. Rombongan ini bagi menyatakan hasrat memetik puteri di Selama Perak. Ahli keluarga dijemput untuk turut serta meramaikan majlis


