Isteri Cucu MailJah Yang Sulong Nurulhilyati Menjalani Pembedahan Di HUKM
Sekarang jam 3.28 pagi. Saya baru sampai ke rumah di Bentong. Pulang daripada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Isteri saya Nurulhilyati Abdul Halim mengalami kehamilan luar rahim yang menyebabkan luka di bahagian dalam perut dan mengeluarkan darah. Selepas beberapa kali berubah hospital daripada Klinik di Selayang (mengatakan isteri saya mengalami apendiks, dan menyarankan untuk ke doktor pakar kerana isteri saya mempunyai polisi insurans bagi tujuan pembedahan tersebut), ke Hospital PUSRAWI (tidak menerima polisi insurans Prudential SOS), ke Hospital Tawakal (Tidak menerima pesakit kerana wad sudah penuh), ke Ampang Puteri Specialist Centre (Dimaklumkan isteri saya mengalami kehamilan luar rahim, dinyatakan bahawa polisi insurans tidak membiayai kes yang melibatkan kehamilan. Caj di sana dianggarkan RM 8,000 ke RM 9,000. Caj konsultansi sahaja sudah RM431.00) terus diminta bertukar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana di sana mempunyai pakar dalam bidang O&G yang boleh membuat pembedahan cara laproskopi dengan kadar lebih rendah. Akhirnya isteri saya masuk ke wad pembedahan jam 11.30 malam dan keluar jam 2 pagi tadi.
Saya bersama keluarga dan anak-anak pulang selepas isteri keluar daripada wad. Isteri saya sekarang berada di Wad Berlian, Tingkat 2, HUKM. Sesiapa yang ingin melawat, HUKM menerima pelawat pada jam 12.30 petang dan 5.30 petang. Ini sekadar makluman dan Alhamdulillah isteri saya sudah stabil. Mata masih tidak mengantuk walaupun sebenarnya keletihan. Terima kasih kepada Pakngah Shanusi, Makngah Hamidah dan Pakcik Jalal. Kami sekeluarga amat menghargainya.


