Adam Hakeem Cicit Ke 5 MailJah, Cucu Puan Hajjah Fadzilah Ismail & Tuan Haji Jamaluddin Yusof
Sebelum ini saya tidak berkesempatan mengemaskini laman web ini dengan maklumat mengenai cicit ke 5 MailJah dan adalah cucu ke 2 kepada Puan Hajjah Fadzilah Ismail dan Tuan Haji Jamaluddin Yusof. Adam Hakeem nama yang diberi, cahaya mata kepada saudara Azizol Hafidz & saudari Nuha.
Tengku Kecil Adam Hakeem lahir pada 4 Jun 2008 pada jam 4.24 pagi di Hospital Ampang Puteri. Berat semasa keluar 3.21 Kg. Tahniah kepada keluarga Hajjah Fadzilah dan Tuan Haji Jamaluddin, juga kepada sepupuku saudara Azizul Hafiz dan saudari Nuha
Di bawah disertakan gambar dalam suasana kegembiraan mereka. Ayuh kita hayati saat-saat itu.



Nama sebenaq cek bukan Azizol Hafidz tetapi Azizul Hafiz ye..nanti lain pulak maksud die..anyway nak berterima kasih kepada semua yg memberi support pada hari itu..and bagi pihak kami ingin meminta maaf sekiranya ada yg tak berkesempatan untuk bersama nuha dan adam kerana keadaan nuha yg agak lemah pada delivery date..terima kasih semuaa!! doakan moga2 Adam menjadi anak yg soleh yg boleh mengharumkan nama keluar Mailjah
Maaf! Sudah dibetulkan. Terima kasih atas teguran