Jemputan Majlis Akikah Nur ‘Aisyah Humaira’ Fauzul Na’im & Faqihah Insyirah Faridul Fikri 26 Disember 2009

December 26, 2009
12:30 pmto6:30 pm

Saya bagi pihak keluarga, menjemput keseluruhan ahli keluarga MailJah bagi bersama meraikan kenduri akikah puteri saya Nur ‘Aisyah Humaira’ Binti Fauzul Na’im, anakanda adik saya Faqihah Insyirah Faridul Fikri dan Faqihah Azzahra Faridul Fikri. Ia juga merupakan kenduri kesyukuran dan hari muafakat keuarga. Ia akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 26 Disember 2009, Sabtu
  • Masa : 12.30 petang
  • Tempat : No. 188 Jalan Tengku Sulaiman, Sungai Marong, Bentong, Pahang

Besarlah harapan kami keseluruhan ahli keluarga MailJah dapat hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu nanti. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada saya di talian 0166611472 ataupun 0123804555.

Yang benar,

FAUZUL NA’IM ISHAK dan NURULHILYATI ABDUL HALIM
FARIDUL FIKRI ISHAK dan HASMINOOR ZULKAFLI

Turut mengundang :

TUAN HAJI ISHAK HAJI IBRAHIM
PUAN HAJJAH MADAHIAH ISMAIL

Dalam Tempoh 30 Hari 2 Cicit MailJah Dilahirkan

Bulan ini adalah bulan yang cukup produktif. Dalam tempoh masa kurang daripada 30 hari seramai 2 orang cicit MailJah dilahirkan oleh dua orang ibu yang berbeza.

Anak Kedua Fadhlil Azim Jamaluddin

Alhamdulillah pada 25 Oktober 2009, hari Ahad. Lahirlah Aleesya Qistina Binti Fadhlil Azim. Ini adalah anak kedua kepada saudara Fadhlil Azim Jamaluddin dan cucu ketiga kepada pasangan Bonda Fadzilah Ismail dan Ayahanda Jamaludin Yusof. Suatu cahaya terbaru dalam keluarga MailJah.

Aleesya Qistina Binti Fadhlil Azim

Aleesya Qistina Binti Fadhlil Azim

Anak Ketiga Faridul Fikri Ishak

Pada hari semalam 22 November 2009. Lahir seorang lagi puteri dalam keluarga MailJah. Faqihah Azzahra (nama tentatif) Binti Faridul Fikri. Anak ketiga kepada saudara Faridul Fikri Ishak dan cucu ke enam kepada keluarga Bonda Madakhiah Ismail dan Ayahanda Ishak Haji Ibrahim.

Faqihah Azzahra Binti Faridul Fikri (nama tentatif)

Faqihah Azzahra Binti Faridul Fikri (nama tentatif)

Semoga dengan lahirnya dua lagi ahli keluarga MailJah ini akan memeriahkan lagi suasana perjumpaan yang akan datang. InsyaAllah akan ada lagi berita menarik selepas ini.

Travelog Aidilfitri MailJah 2009 : Ucapan Hari Raya

Keluarga MailJah Berhari Raya Di Kota Warisan

Wahhh!!! Rasa berdebu dan bersawang laman web MailJah ini. Lama betul tidak dikemaskini dengan maklumat baru. Bukan tidak mahu tetapi kesibukan mengekang masa untuk melakukannya. Ampun dan maaf dipinta kepada semua pelawat terutamanya ahli keluarga.

DSC_0033

Gambar Seluruh Ahli Keluarga MailJah yang Hadir

Hari ini kita kemaskinikan berita terkini. Semalam 27 September 2009, Sabtu di Kota Warisan diadakan satu majlis hari terbuka anjuran Bonda Bahiyatul Nazarah dan Ayahanda Abdul Ghani Hassan. Ia bersempena dengan Aidilfitri tahun 2009. Majlis amat meriah dengan kehadiran keluarga MailJah daripada jauh dan dekat.

Mereka yang hadir adalah seperti berikut :

A) Keluarga Madakhiah Ismail

  • Ayahanda Ishak Haji Ibrahim
  • Bonda Madakhiah Ismail
  • Fauzul Na’im Ishak
  • Nurulhilyati Abdul Halim
  • Faridul Fikri Ishak
  • Hasminoor
  • Bonda Siah (emak Hasminoor)
  • Muhammad Iqbal Nu’aim Fauzul Na’im
  • Muhammad Isyraf Idraki Fauzul Na’im
  • Nur ‘Aisyah Humaira’ Fauzul Na’im
  • Muhammad Qaid Darwish Faridul Fikri
  • Insyirah Faqihah Faridul Fikri

B) Keluarga Hamidah Ismail

  • Ayahanda Ahmad Shanusi Che Mat
  • Bonda Hamidah Ismail
  • Ahmad Hafizal Ahmad Shanusi
  • Zatul Akmar

C) Keluarga Fadhilah Ismail

  • Ayahanda Jamaluddin  Yusof
  • Bonda Fadhilah Ismail
  • Amiratul Husna Jamaluddin

D) Keluarga Fariyatul Adilah Ismail

  • Bonda Fariyatul Adilah Ismail

E) Keluarga Bahiyatul Nazarah Ismail

  • Ayahanda Abdul Ghani Hassan
  • Bonda Bahiyatul Nazarah Ismail
  • Abdul Muiz Abdul Ghani
  • Athiyatul Shakirah Abdul Ghani
  • Izzatul Shafikah Abdul Ghani
  • Abdul Hafizz Abdul Ghani
  • Abdul Qayyum Abdul Ghani

Yang istimewa pada hari ini adalah hidangan 90 peratus adalah hasil air tangan Bonda Bahiyatul Nazarah Ismail. Hebat bukan? Di sini kita kongsikan beberapa foto yang diambil sepanjang sesi di sana.

Lagi gambar

Lagi gambar

Terlupa, DVD Dokumentari Travelog Aidilfitri terbitan FNTiVi dalam proses suntingan. InsyaAllah akan berada dalam pasaran tidak berapa lama lagi. Sesiapa berminat, mesej sahaja di sini. Terima kasih.

Nur ‘Aisyah Humaira’ Cucu Kelima Keluarga Madakhiah Ismail Selamat Dilahirkan

Alhamdulillah, hari ini 4 Mei 2009. Lahirlah serikandi, puteri dan ratu pertama keluarga Fauzul Na’im Ishak & Nurulhilyati Abdul Halim. Fauzul adalah cucu sulong keluarga MailJah dan anak sulong pasangan Madakhiah Ismail dan Ishak Haji Ibrahim. Nur ‘Aisyah Humaira’ Binti Fauzul Na’im dilahirkan pada jam 7.30 pagi di Hospital Bentong, Pahang. Berat ketika lahir 2.98 Kg. Bertambah meriah keluarga MailJah dengan kelahiran cicit terbaru ini.

Di bawah disertakan koleksi gambar hari pertama Nur ‘Aisyah Humaira’.

Majlis Akad Nikah Cucu MailJah : Ahmad Hafizal Ahmad Shanusi

March 29, 2009
10:00 amto3:00 pm

Dengan ini diumumkan majlis akad nikah anak kepada Puan Hajjah Hamidah Ismail dan Tuan Haji Ahmad Shanusi Che Mad, Ahmad Hafizal Shanusi berdasarkan maklumat berikut :

  • Tarikh : 29 Mac 2009
  • Tempat : Dewan Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Koleksi Video Perhimpunan MailJah 2009

Alhamdulillah hari ini dengan bangganya saya menaikkan koleksi video perhimpunan MailJah 2009 yang sudah diambil sekian lama. Namun begitu kerana peralatan yang diperlukan tidak lengkap terutamanya komputer tercanggih yang mampu menarik video yang berat ini.

Alhamdulillah, minggu lepas sesudah lama mengidam untuk memperolehnya. Saya berjaya membeli sebuah komputer yang pada pandangan saya antara paling canggih pernah saya beli. Keupayaannya tahap paling tinggi. Di samping itu saya berjaya membeli perisian penyuntingan video yang agak hebat Cyberlink Power Director dengan harga USD 119, maka hari ini saya naikkan hasilnya.

Walaupun masih baru belajar, hasilnya tidaklah mengecewakan.

Video Hari Pertama Perhimpunan Mailjah

Video Malam Pertama Perhimpunan MailJah

Sukaneka MailJah 2009 : Hari Kedua

MailJah Bergembira Di Janda Baik

Alhamdulillah perhimpunan keluarga MailJah 2009 berlangsung di Kuala Lurau Camp Centre dengan jayanya. Kehadiran kesemua ahli keluarga MailJah amat menggalakkan. Kehadiran pertemuan MailJah 2009 adalah seperti berikut :

Keluarga Madakhiah Ismail

  • Tuan Haji Ishak Haji Ibrahim
  • Puan Hajjah Madakhiah Ismail
  • Fauzul Na’im Ishak
  • Nurulhilyati Abdul Halim
  • Faridul Fikri Ishak
  • Hasminoor Zulkafli
  • Muhammad Iqbal Nu’aim Fauzul Na’im
  • Muhammad Isyraf Idraki Fauzul Na’im
  • Muhammad Qaid Darwish Faridul Fikri
  • Insyirah Faridul Fikri

Keluarga Hamidah Ismail

  • Tuan Haji Ahmad Shanusi Che Mat
  • Puan Hajjah Hamidah Ismail
  • Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi
  • Nurul Hafizah Mokhtar
  • Ahmad Hafizal Ahmad Shanusi
  • Zatul Akma
  • Ahmad Afiq Ahmad Shanusi

Keluarga Fadhilah Ismail

  • Tuan Haji Jamaluddin Yusof
  • Puan Hajjah Fadhilah Ismail
  • Ezan Zarina
  • Aizat Syukri Jamaluddin
  • Amiratul Husna Jamaluddin

Keluarga Fariyatul Adilah Ismail

  • En. Jalal Jurai
  • Puan Fariyatul Adilah Ismail
  • Fikri Azim Jalal

Keluarga Bahiyatul Nazarah Ismail

  • Tuan Haji Abdul Ghani Hasan
  • Puan Hajjah Bahiyatul Nazarah Ismail
  • Athiyatul Shakirah Abdul Ghani
  • Izatul Syafikah Abdul Ghani
  • Abdul Hafizz Abdul Ghani
  • Abdul Qayyum Abdul Ghani

Ahli Sokongan

  • Lidia Supriani (pembantu rumah keluarga Madakhiah Ismail)
  • Santi (pembantu rumah keluarga Bahiyatul Nazarah Ismail)

Di bawah disertakan koleksi gambar memori bahagia sepanjang 3 hari dua malam bermula 24 Januari dan berakhir 26 Januari 2009.

Perjumpaan MailJah 2009 Berakhir Dengan Jayanya

Alhamdulillah perjumpaan MailJah 2009 berakhir dengan jayanya petang tadi. Kesemua keluarga yang hadir memberikan persetujuan sebulat suara bahawa perjumpaan MailJah 2010 akan diadakan di tempat yang sama pada tarikh yang lebih kurang sama iaitu Tahun Baru Cina.

Beberapa persetujuan hasil post mortem sudah dibuat bagi penambahbaikan bagi pertemuan akan datang. Ia bakal dilaporkan selepas mendapat maklumat daripada setiausaha dilantik saudara Zatul dalam masa terdekat.

Gambar sepanjang program 3 hari dua malam dalam proses pemilihan insyaAllah akan dinaikkan dalam masa terdekat. Sekadar untuk berkongsi dengan semua gambar yang paling menarik iaitu gambar kesemua keluarga yang hadir. InsyaAllah laporan lain akan dibuat dalam masa terdekat.

mailjah09k

Program Perjumpaan MailJah 2009, 24 Hingga 26 Januari 2009 Di KLCC Janda Baik

January 23, 2009 12:00 pmtoJanuary 25, 2009 2:30 pm

Pihak MAILJAH.COM ingin mengumumkan program perjumpaan MailJah bagi tahun 2009 akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 24 (Sabtu) hingga 26 (Isnin) Januari 2009
  • Tempat : Kuala Lurau Camp Centre (KLCC), Janda Baik, Bentong, Pahang
  • Daftar Masuk : 12.00 tengah hari 24 Januari 2009 (Sabtu)
  • Daftar Keluar : 2 petang 26 Januari 2009 (Isnin)

Semua ahli keluarga MailJah berserta ahli bersekutu terutamanya yang baru berkahwin amat digalakkan hadir (taraf sunat muakkad hampir ke wajib). Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh rujuk kepada Puan Madakhiah Ismail di talian 0193374384. Terima kasih.

Majlis Perkahwinan Cucu MailJah Kedua Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi dengan Nurul Hafizah Mokhtar

Lama betul saya tidak mengemaskini laman ini. Sebenarnya tugas itu sudah dibahagikan kepada semua bapa dan ibu saudara. Mungkin mereka juga perlukan latihan khas untuk perkara ini. InsyaAllah anakanda akan ajarkan wahai ayahanda dan bonda saudaraku.

Bersama ini saya sertakan koleksi gambar perkahwinan sepupuku Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi, anak sulong Puan Hajjah Hamidah Ismail dan Tuan Haji Ahmad Shanusi yang berlangsung pada 27 Disember 2008 di Selama, Perak.

tarmizihafizah

Beliau berkahwin dengan orang selama, puteri sulong Tuan Haji Mokhtar, Nurul Hafizah Mokhtar. Selamat datang ke dalam keluarga MailJah. Di bawah kesemua gambar yang diambil di majlis perkahwinan di Selama, Perak.

Sambutan Aidilfitri Keluarga Bahiyatul Nazarah Ismail & Abdul Ghani Hasan 2008

Selamat hari raya Aidilfitri dari Bahiyatul Nazarah Ismail dan Abdul Ghani Hasan bersama keluarga


	SONY DSC                     

Ini adalah gambar-gambar yang lain

Sambutan Aidilfitri Keluarga Fadzilah Ismail 2008

Selamat hari raya Aidilfitri dari keluarga Fadzilah Ismail dan Jamaludin Yusof bersama anak-anak


	SONY DSC

Ini gambar-gambar yang lain

Selamat Hari Raya Dari Keluarga Madakhiah & Ishak

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari keluarga Madakhiah Ismail & Ishak Haji Ibrahim

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari keluarga Madakhiah Ismail & Ishak Haji Ibrahim

Jemputan Majlis Masuk Rumah Fadhlil Azim Jamaludin

August 30, 2008
3:00 pmto11:00 pm

Mesej dari Fadhlil Azim Jamaludin Anak kepada Puan Hajjah Fadilah Ismail dan Tuan Haji Jamaludin Yusof

Bersempena dengan rumah baru ni,,Saya dan keluarga ingin mengadakan sedikit jamuan panaskan rumah (house warming) pada 30/08/08..Majlis dijadualkan akan diadakan pada sebelah lewat petang membawa ke malam. Majlis ni juga diadakan bagi menyambut ulangtahun kelahiran anakanda putera Danish yang ketama.. Jemputan dan peta akan disusuli kemudian Adalah besar harapan kami sekeluarga agar keluarga besar Mailjah dapat berhimpun memeriahkan majlis ni..

Cucu Sulong MailJah di Akhbar Sinar Harian 27 Julai 2008

akhbarforumrealitibisnes

Adam Hakeem Cicit Ke 5 MailJah, Cucu Puan Hajjah Fadzilah Ismail & Tuan Haji Jamaluddin Yusof

Sebelum ini saya tidak berkesempatan mengemaskini laman web ini dengan maklumat mengenai cicit ke 5 MailJah dan adalah cucu ke 2 kepada Puan Hajjah Fadzilah Ismail dan Tuan Haji Jamaluddin Yusof. Adam Hakeem nama yang diberi, cahaya mata kepada saudara Azizol Hafidz & saudari Nuha.

Tengku Kecil Adam Hakeem lahir pada 4 Jun 2008 pada jam 4.24 pagi di Hospital Ampang Puteri. Berat semasa keluar 3.21 Kg. Tahniah kepada keluarga Hajjah Fadzilah dan Tuan Haji Jamaluddin, juga kepada sepupuku saudara Azizul Hafiz dan saudari Nuha

Di bawah disertakan gambar dalam suasana kegembiraan mereka. Ayuh kita hayati saat-saat itu.

Majlis Pernikahan Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi (Cucu MailJah Kedua) Dengan Nurul Hafizah Mokhtar di Selama 27 Disember 2008

December 27, 2008
10:00 amto4:00 pm

Sebagai makluman awal kepada semua ahli MailJah, majlis pernikahan kedua-dua bakal mempelai Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi & Nurul Hafizah Mokhtar diadakan pada 27 hb Disember 2008 di Selama, Perak. Majlis pernikahan dijangka pada jam 10 pagi.

Kenduri dilangsungkan di rumah bakal pengantin perempuan Nurul Hafizah di Selama, Perak. Sebarang maklumat akan dikemaskini daripada masa ke semasa.

Picture 189.jpg

Ahmad Tarmizi dan Nurul Hafizah bersama keluarga kedua-dua pihak (gambar pada hari pertunangan)

Next Page »