PERHATIAN! : Pohon Cadangan Perjumpaan MailJah Seterusnya
Alhamdulillah perjumpaan MailJah di Kota Warisan berjaya dengan cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Rumah dan Penaja Utama iaitu Bonda Bahiyatul Nazarah. Terima kasih juga kepada chef-chef yang bertungkus lumus menyiapkan juadah. Chef Bonda Madakhiah Ismail, Chef Bonda Hamidah Ismail, Chef Bonda Fadzilah Ismail dan pembantu-pembantu daripada kalangan para cucu cicit Mailjah yang ada.
Ada cadangan bagi mengadakan perjumpaan seterusnya di Bentong ataupun Janda Baik selepas Hari Raya Aidil Adha. Pihak saya memohon maklum balas semua bagi mencadangkan tarikh untuk mengadakan perjumpaan tersebut. Ini bagi memudahkan pihak saya membuat penempahan tempat dan penyediaan menu (berserta bajet
) sekali. Boleh dibincangkan di ruangan diskusi di bawah. Cadangannya selepas Ayahanda Jamaludin pulang dari London. Pohon perhatian.
Perjumpaan MailJah (Hari Kedua)
Pada hari ini pihak keluarga MailJah bergotong royong menyediakan juadah makan tengah hari yang istimewa. Pelbagai menu yang menarik disediakan oleh chef-chef jemputan MailJah. Menu tersebut adalah :
- Masak Kuzi Ayam oleh Chef Madakhiah Ismail
- Masak Kari Kepala Ikan oleh Chef Hamidah Ismail
- Kambing BBQ oleh Chef Madakhiah Ismail
- Kari Daging oleh Chef Fadzilah Ismail
- Nasi Putih oleh Chef Bahiyatul Nazarah Ismail (:) jangan marah ye)
Makan tengah hari dimeriahkan lagi oleh tetamu daripada keluarga En. Abdul Ghani.
Selepas selesai makan tengah hari dan mengemas. Ahli keluarga MailJah berombongan bagi melawat kubur Bonda Allahyarhamah Khadijah Haji Muhammad di Kapar, Selangor. Bersama ini dikongsikan foto daripada lawatan tersebut. Ini adalah program terakhir perjumpaan MailJah kali ini.

Pintu masuk ke kawasan kubur Kapar

Berdoa dan bertahlil

Nisan tercatat nama Khadijah Haji Muhammad
Perjumpaan MailJah di Kota Warisan (Hari Pertama)
Alhamdulillah malam semalam keluarga MailJah berjaya menganjurkan majlis tahlil keluarga. Kehadiran kali ini terdiri daripada 4 keluarga MailJah, iaitu keluarga Madakhiah, keluarga Hamidah, keluarga Fadzilah dan keluarga Bahiyatul (Zie). Majlis tahlil dikepalai oleh Muizz, menantu kepada Puan Nabilah, keluarga sepupu MailJah. Ia diteruskan dengan majlis makan malam dengan menu utamanya steambot makanan laut dan satay. Steambot dikendalikan oleh Chef Hamidah Ismail dan Satay sumbangan Puan Bahiyatul Nazarah (Zie).

Hadirin menunggu makanan dihidangkan

Wah sedapnya satay!!!

Hadirin sedang menikmati steambot.
Gambar-gambar penuh majlis boleh dilihat di Galeri MailJah.Com (klik di sini)
Perjumpaan Keluarga MailJah di Kota Warisan
Pada hari ini (18 hb. Oktober 2007) hingga esok (19 hb. Oktober 2007) keseluruhan ahli keluarga MailJah akan mengadakan pertemuan di Kota Warisan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2007.
Kelahiran Cicit Ke 4 MailJah
Berita gembira buat keluarga MailJah, kelahiran cicit ke 4 MailJah. Anak kepada Fadhlil Azim & Ezan Zarina. Fadhlil adalah anak sulong keluarga Fadzilah Ismail dan Jamaluddin Yusof. Cicit ke 4 ini lahir pada jam 2 pagi 20 Ogos 2007. Kira anak merdekalah Ini adalah rakaman video yang dibuat di rumah Makngah Hamidah
Aksi Cicit Sulong MailJah : Muhammad Iqbal Nuaim
Ini adalah Muhammad Iqbal Nu’aim Fauzul Na’im, cicit sulong keluarga MailJah. Anak kepada Fauzul Na’im Ishak, cucu sulong MailJah. Fauzul adalah anak sulong keluarga Madakhiah Ismail dan Ishak Haji Ibrahim
Keluarga Fadzillah Ismail Sudah Dinaikkan
Alhamdulillah dengan kerjasama daripada Maklang dan Paklang semalam, ruangan keluarga Fadzillah Ismail sudah dinaikkan. Boleh dilayari di
http://mailjah.com/about/keluarga-fadzilah-binti-ismail/
Cadangan Tarikh Baru Perjumpaan MailJah
Pihak keluarga kami, maklang dan paklang berbincang mengenai tarikh perjumpaan MaiJah yang dicadangkan pada 31 Ogos 2007 ini. Selepas meneliti kalendar, didapati tarikh tersebut tidak bertembung dengan cuti sekolah. Ini menimbulkan kesulitan kepada beberapa keluarga yang tidak pencen.
Sehubungan dengan itu pihak kami mencadangkan tarikh baru iaitu 18 dan 19 ogos 2007 sebagai tarikh perjumpaan yang baru. Mendaftar masuk 18 ogos dan mendaftar keluar 20 ogos 2007. Ada sebarang komen daripada orang lain.
Maklang Lon Di Bentong
Jam 6.45 petang tadi Maklang Lon dan Paklang Din tiba ke rumah kami di Bentong, Pahang. Paklang dan Maklang dalam perjalanan ke Paka, Terengganu. Paklang menghadiri mesyuarat para pengetua sekolah Malaysia di Dungun. Menarik! Kami makan masakan special MASAK KOZI dan KERABU NENAS. Memang best. Hingga menjilat jari
Siapakah Mereka Ini?
Siapa boleh teka siapakah mereka ini?

Maklumat Keluarga Bahiyatul Nazarah Sudah Dinaikkan
Saya sudah menaikkan maklumat keluarga Maksu Zie di bahagian Keluarga Bahiyatul Nazarah. Boleh melawat di
http://mailjah.com/about/keluarga-bahiyatul-nazarah-binti-ismail/
Perjumpaan Pada 31 Ogos 2007 Hendak Buat Dua Malam Ataupun Satu Malam?
Cadangan mengadakan program di Janda Baik pada 31 Ogos 2007 sudah dipersetujui bersama dengan sebulat suara. Cuma sekarang kita hendak tahu adakah kita mahu buat dua hari satu malam ataupun tiga hari dua malam? Ada yang mahu komen?
HIMPUNAN KELUARGA MAILJAH.COM 31 Ogos 2007
Di atas maklum balas yang baik kepada program lalu. HIMPUNAN KELUARGA MAILJAH.COM akan berlangsung sekali lagi tahun ini. Kali ini lebih hebat dengan banyak program dan aktiviti. Sukaneka, pertandingan karaoke dan banyak lagi. Ia akan diadakan di tempat yang sama Kuala Lurah Camp Centre daripada 31 Ogos hingga 2 September 2007. Semua ahli keluarga MailJah.Com dijemput hadir
Cadangan Pakngah Untuk Buat Perjumpaan Di Janda Baik 31 Ogos 2007
Assalamualaikum,
Saya mendapat maklumat daripada mama saya, Madakhiah Binti Ismail bahawa Pakngah Sanusi mencadangkan agar kita buat sekali perjumpaan keluarga di Janda Baik, tempat yang sama pada 31 Ogos 2007. Tinggal di sana 2 malam. Ada sesiapa boleh beri komen mengenai perkara ini? Kalau ada yang bersetuju boleh nyatakan sokongan di sini.
Album Gambar Di Janda Baik Sudah Dinaikkan
Alhamdulillah saya sudah naikkan kesemua gambar dalam koleksi saya di ruangan Album Memori MailJah.Com. Semua boleh melawat di
Bagi yang ada simpanan gambar lain bolehlah mengirimkan kepada saya bagi dinaikkan di ruangan ini. Gambar-gambar dalam ruangan Memori MailJah.Com ini resolusinya rendah. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan kirimkan gambar yang resolusi tinggi kepada semua. Terima kasih
TAHNIAH KEPADA CUCU-CUCU MAILJAH DI ATAS KEJAYAAN DALAM SPM 2006
Pihak pentadbiran MailJah.Com baru sahaja mendapat berita kejayaan cucu-cucu MailJah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2006 yang diumumkan hari ini. Keputusannya adalah seperti berikut :
Abdul Mu’iz Abdul Ghani

Abdul Mu’iz adalah anak sulong keluarga Bahiyatul Nazarah Binti Ismail dan Abdul Ghani Hasan. Beliau belajar di Maahad Hamidiyah, Kajang. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia beliau adalah
8A, 4B dan 2C
Ainil Nazmin Jalal

Ainil Nazmin adalah anak kedua keluarga Fariyatul Adilah Binti Ismail dan Jalal Juraie. Beliau belajar di Maktab Rendah Sains MARA, Taiping. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia beliau adalah
9A : 7A1, 2A2
TAHNIAH DIUCAPKAN! SEMOGA DAPAT MENERUSKAN KECEMERLANGAN DI MASA-MASA HADAPAN
Kenduri Anak-anak Pasangan Fadzilah Ismail & Jamaludin Yusof
Kenduri kahwin anak-anak Fadzilah Ismail dan Jamaludin Yusof, Fadhlil Azim dengan Ezan Zarina dan Azizul Hafidz dengan Nuha Herwati. Kenduri akan diadakan di Taman Rapat Setia Baru, Ipoh. Semua ahli keluarga dijemput hadir. Peta akan disertakan kemudian
Upacara Pernikahan Azizul Hafidz Jamaluddin
Upacara pernikahan Azizul Hafidz Jamaluddin dengan Nuha Herwati Selamat di Johor Baharu, Johor. Semua ahli keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini. Peta program akan dinaikkan dalam masa terdekat apabila mendapat maklumat daripada pihak yang berkenaan.
Azizul Hafidz adalah anak kedua daripada keluarga Fadzilah Binti Ismail, cucu keempat MailJah. Beliau bekerja di Petronas Malaysia. Lulusan King’s College, London.


