Majlis Ramah Mesra Keluarga Makngah + Kejutan!!!
Kami baru sahaja pulang daripada rumah Makngah Hamidah Ismail. Di sana berkumpullah beberapa ahli keluarga MailJah, antaranya Maksu Bahiyatul Nazarah, Fadhlil Azim (anak Maklang Fadilah Ismail) dan isteri, anak-anak makngah Tarmizi, Afiq dan juga keluarga kami Mama Madakhiah Ismail, Ayah Ishak Haji Ibrahim, saya, isteri dan kedua-dua anak kami, adik Faridul Fikri bersama isteri dan anak.
Kami dijemput bagi meraikan hari lahir bakal menantu Makngah Hamidah dan Pakngah Ahmad Shanusi. Siapa? Boleh lihat gambar di bawah. Dan satu benda menarik, kejutan (macam AF lah pula). Majlis menyarung cincin kepada bakal menantunya. Nama bakal menantu mereka Nurul Hafizah Mokhtar tunangan kepada Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi. Mari lihat gambar di bawah
Majlis dimulakan dengan memotong kek, ini selepas makan mee rebus Makngah.
Mesyuarat keluarga untuk membawa rombongan ke Selama
Kejutan, Makngah menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya


