PERHATIAN! : Pohon Cadangan Perjumpaan MailJah Seterusnya
Alhamdulillah perjumpaan MailJah di Kota Warisan berjaya dengan cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Rumah dan Penaja Utama iaitu Bonda Bahiyatul Nazarah. Terima kasih juga kepada chef-chef yang bertungkus lumus menyiapkan juadah. Chef Bonda Madakhiah Ismail, Chef Bonda Hamidah Ismail, Chef Bonda Fadzilah Ismail dan pembantu-pembantu daripada kalangan para cucu cicit Mailjah yang ada.
Ada cadangan bagi mengadakan perjumpaan seterusnya di Bentong ataupun Janda Baik selepas Hari Raya Aidil Adha. Pihak saya memohon maklum balas semua bagi mencadangkan tarikh untuk mengadakan perjumpaan tersebut. Ini bagi memudahkan pihak saya membuat penempahan tempat dan penyediaan menu (berserta bajet
) sekali. Boleh dibincangkan di ruangan diskusi di bawah. Cadangannya selepas Ayahanda Jamaludin pulang dari London. Pohon perhatian.



dicadangkan perjumpaan seterusnya diadakan di Janda Baik pada cuti raya cina nanti itu pun kalau semua setuju. Or buat saja di Bentong one day affair.