Perjumpaan MailJah Kota Warisan Berjaya Dengan Cemerlang!!

Perjumpaan MailJah Kota Warisan 2008 melabuhkan tirainya pada petang tadi. Tepat jam 1 petang, para delegasi MailJah seluruh Malaysia berlepas pulang ke tempat masing-masing. Ia dimulakan dengan rombongan MailJah Ipoh, Tuan Haji Hasbullah.

Perjumpaan MailJah Kota Warisan 2008 berjalan dengan lancar dan jayanya. Menu tengah hari tadi adalah Nasi Daging Merah yang disediakan oleh chef-chef pakar daripada MailJah dengan diketuai oleh Puan Hajjah Madakhiah Ismail dengan dibantu oleh chef Hamidah Ismail.

Para delegasi menjamu selera dengan cukup berselera walaupun sebenarnya masih belum tengahari kerana pihak penganjur menyediakan makan tengah hari pada jam 11 pagi. Dilihat wakil daripada Ipoh Tuan Haji Hasbullah makan dengan penuh selera. Menambah satu pinggan lagi selepas habis satu pinggan sebelumnya.

“Depa bubuh nasi sikit”

Itu alasannya untuk menambah lagi.

Bendera penganjuran perjumpaan MailJah sudah diserahkan dengan rasminya oleh Tuan Haji Abdul Ghani Hasan kepada penganjur seterusnya iaitu Pengerusi MailJah Cawangan Ipoh, Tuan Haji Jamaludin Yusof.

Bersama ini disertakan koleksi gambar sumbangan En. Azizul Hafiz Jamaludin daripada kamera Olympus Separa SLR yang baru dibelinya. Terima kasih En. Azizul Hafiz. Gambar-gambar ini beresolusi tinggi dan sesuai untuk dimuat turun dan dibingkaikan buat tatapan generasi akan datang. Nikmatilah. Selamat tinggal Kota Warisan, bertemu kembali di Ipoh nanti.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!