Keluarga Fadzillah Binti Ismail

Fadzillah Ismail, anak ketiga dalam keluarga MailJah. Dilahirkan pada 17 Jun 1958 di Kampung Bukit Aping, Serdang, Kedah Darul Aman. Mendirikan rumah tangga dengan Jamaluddin Yusof pada 4 Ogos 1980 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Tuan Haji Jamaluddin Yusof dilahirkan pada 10 Mei 1954 di Batu 10, Lekir, Sitiawan, Perak Darul Ridzuan. Fadzilah bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak manakala Haji Jamaluddin adalah pengetua di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak. Menetap di Taman Rapat Setia Baru, Ipoh.

Fadhlil Azim Jamaluddin (fadhlil81@yahoo.com)

Anak sulong dalam keluarga. Dilahirkan pada 2 julai 1981 di Hospital Kerajaan Lumut, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Selayang, Batu Caves. Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Kuching daripada tingkatan satu hingga tingkatan dua. Kemudian bertukar ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan hingga tingkatan 5. Selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, beliau meneruskan pengajian ke Universiti Teknologi MARA Arau dalam bidang Perakaunan. Sekarang bertugas sebagai Juruaudit Dalaman di DRB-Hicom, Shah Alam. Sudah berumah tangga dengan Ezan Zarena Binti Omar.

Ezan Zarina berpendidikan dalam bidang sarjana muda Teknologi Maklumat. Dilahirkan pada 9 Mei 1980. Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2007. Dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ahmad Danish Naufal pada 20 Ogos 2007.

Mereka boleh dihubungi di

22-3-6 Ruvena Villa
Jalan Putra Perdana
47100 Puchong
Selangor

Azizul Hafiz Jamaluddin (jijoy_99@yahoo.com)

Anak kedua dalam keluarga Fadzilah ini dilahirkan pada 1 November 1982 di Hospital Kerajaan Lumut, Perak. Memulakan pendidikan di darjah satu Sekolah Kebangsaan Taman Selayang, Batu Caves kemudian berpindah beberapa sekolah. Darjah 6 di Sekolah Kerajaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kuching sebelum berpindah ke sekolah yang sama dengan abangnya Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Melanjutkan dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Emperial College, London. Sekarang bertugas di Menara Berkembar PETRONAS sebagai eksekutif pemasaran. Melangsungkan perkahwinan bersama Nuha Herwati Selamat.

Nuha Herwati (nuhaherwati@petronas.com.my) berpendidikan diploma dalam bidang pengajian perniagaan. Bertugas sebagai seorang setiausaha di jabatan perundangan, Malaysia LNG Sdn Bhd

Mereka boleh dihubungi di alamat :
A-13-02, Chancellor Condo
Jalan Kosas Utama
Ampang, Selangor

Aizat Syukri Jamaluddin (eye_zatsyukri@hotmail.com)

Dilahirkan pada 14 januari 1986 di Hospital Besar Ipoh, Perak. Sekarang belajar di Universiti Tenaga Nasional, Bangi, Selangor dalam bidang kejuruteraan letrik.

Amiratul Husna Jamaluddin

Anak bongsu pasangan Fadzilah dan Jamaluddin ini lahir pada 1 Mei 1991 di Hospital Besar Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Masih belajar di tingkatan 5 di Kolej Tuanku Khursiah, Negeri Sembilan.

Keluarga Fadzilah beralamat di

No. 31, Persiaran Wira Jaya Barat 74
Rapat Setia Baru
31350 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Email Keluarga : keluargalon@mailjah.com