Keluarga Madakhiah Binti Ismail
MADAKHIAH BINTI ISMAIL adalah anak sulong dalam keluarga Ismail dan Khadijah. Beliau lahir pada 8 Jun 1953 di Titi Gantong, Perak. Berumah tangga dengan Ishak Haji Ibrahim dan dikurniakan 6 orang anak iaitu :
- Fauzul Na’im Ishak
- Ainil Nazmin Ishak – Meninggal dunia waktu kecil
- Ketiga – Meninggal dunia waktu kecil
- Keempat – Meninggal dunia waktu kecil
- Faridul Fikri Ishak
- Abdul Syahid Ishak – Meninggal dunia waktu kecil
Fauzul Na’im Ishak
Beliau adalah anak sulong kepada pasangan Madakhiah Binti Ismail dan merupakan cucu sulong MailJah. Lahir 24 Jun 2007 di Batu Gajah, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai, Kedah sebelum meneruskan peringkat menengah di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan. Melanjut pengajian di peringkat matrikulasi di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Mengambil Sarjana Mudah Kejuruteraan Letrik di Universiti Malaya.
Sekarang menjawat jawatan Pengarah Eksekutif dan Pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd. Sebuah syarikat penerbitan buku yang terkenal sebagai penerbit buku pembangunan diri dan motivasi.
Sudah berumah tangga dengan Nurulhilyati Abdul Halim dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Iqbal Nu’aim dan Muhammad Isyraf Idraki
Faridul Fikri Ishak
Anak kelima pasangan Madakhiah Binti Ismail dan Ishak Haji Ibrahim. Lahir pada 11 November 1983. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Demit, Kelantan. Meneruskan pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sebelum ke Sekolah Menengah Teknik Padang Rengas, Kuala Kangsar. Mengambil sijil penyelenggaraan komputer daripada EDI.
Sekarang bertugas di PTS Publications & Distributors Sdn Bhd di bahagian logistik. Sudah berumahtangga dengan Hasmi Noor dan mendapat seorang cahaya mata, Muhammad Qaid Darwish.
Tinggal Bersama
Ahli keluarga Madakhiah Binti Ismail tinggal bersama di Bentong, Pahang. Mereka boleh dihubungi di :
RAUDHATUNNA’IM
188 Jalan Tengku Sulaiman,
Sungai Marong 28700
Bentong, Pahang.
No. Telefon/Faks : 09 223 4384
Email :keluargayah@mailjah.com


