Koleksi Video Perhimpunan MailJah 2009

Alhamdulillah hari ini dengan bangganya saya menaikkan koleksi video perhimpunan MailJah 2009 yang sudah diambil sekian lama. Namun begitu kerana peralatan yang diperlukan tidak lengkap terutamanya komputer tercanggih yang mampu menarik video yang berat ini.

Alhamdulillah, minggu lepas sesudah lama mengidam untuk memperolehnya. Saya berjaya membeli sebuah komputer yang pada pandangan saya antara paling canggih pernah saya beli. Keupayaannya tahap paling tinggi. Di samping itu saya berjaya membeli perisian penyuntingan video yang agak hebat Cyberlink Power Director dengan harga USD 119, maka hari ini saya naikkan hasilnya.

Walaupun masih baru belajar, hasilnya tidaklah mengecewakan.

Video Hari Pertama Perhimpunan Mailjah

Video Malam Pertama Perhimpunan MailJah

Sukaneka MailJah 2009 : Hari Kedua

Program Perjumpaan MailJah 2009, 24 Hingga 26 Januari 2009 Di KLCC Janda Baik

January 23, 2009 12:00 pmtoJanuary 25, 2009 2:30 pm

Pihak MAILJAH.COM ingin mengumumkan program perjumpaan MailJah bagi tahun 2009 akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 24 (Sabtu) hingga 26 (Isnin) Januari 2009
  • Tempat : Kuala Lurau Camp Centre (KLCC), Janda Baik, Bentong, Pahang
  • Daftar Masuk : 12.00 tengah hari 24 Januari 2009 (Sabtu)
  • Daftar Keluar : 2 petang 26 Januari 2009 (Isnin)

Semua ahli keluarga MailJah berserta ahli bersekutu terutamanya yang baru berkahwin amat digalakkan hadir (taraf sunat muakkad hampir ke wajib). Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh rujuk kepada Puan Madakhiah Ismail di talian 0193374384. Terima kasih.

Majlis Perkahwinan Cucu MailJah Kedua Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi dengan Nurul Hafizah Mokhtar

Lama betul saya tidak mengemaskini laman ini. Sebenarnya tugas itu sudah dibahagikan kepada semua bapa dan ibu saudara. Mungkin mereka juga perlukan latihan khas untuk perkara ini. InsyaAllah anakanda akan ajarkan wahai ayahanda dan bonda saudaraku.

Bersama ini saya sertakan koleksi gambar perkahwinan sepupuku Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi, anak sulong Puan Hajjah Hamidah Ismail dan Tuan Haji Ahmad Shanusi yang berlangsung pada 27 Disember 2008 di Selama, Perak.

tarmizihafizah

Beliau berkahwin dengan orang selama, puteri sulong Tuan Haji Mokhtar, Nurul Hafizah Mokhtar. Selamat datang ke dalam keluarga MailJah. Di bawah kesemua gambar yang diambil di majlis perkahwinan di Selama, Perak.