Dalam Tempoh 30 Hari 2 Cicit MailJah Dilahirkan
Bulan ini adalah bulan yang cukup produktif. Dalam tempoh masa kurang daripada 30 hari seramai 2 orang cicit MailJah dilahirkan oleh dua orang ibu yang berbeza.
Anak Kedua Fadhlil Azim Jamaluddin
Alhamdulillah pada 25 Oktober 2009, hari Ahad. Lahirlah Aleesya Qistina Binti Fadhlil Azim. Ini adalah anak kedua kepada saudara Fadhlil Azim Jamaluddin dan cucu ketiga kepada pasangan Bonda Fadzilah Ismail dan Ayahanda Jamaludin Yusof. Suatu cahaya terbaru dalam keluarga MailJah.
Anak Ketiga Faridul Fikri Ishak
Pada hari semalam 22 November 2009. Lahir seorang lagi puteri dalam keluarga MailJah. Faqihah Azzahra (nama tentatif) Binti Faridul Fikri. Anak ketiga kepada saudara Faridul Fikri Ishak dan cucu ke enam kepada keluarga Bonda Madakhiah Ismail dan Ayahanda Ishak Haji Ibrahim.
Semoga dengan lahirnya dua lagi ahli keluarga MailJah ini akan memeriahkan lagi suasana perjumpaan yang akan datang. InsyaAllah akan ada lagi berita menarik selepas ini.
Nur ‘Aisyah Humaira’ Cucu Kelima Keluarga Madakhiah Ismail Selamat Dilahirkan
Alhamdulillah, hari ini 4 Mei 2009. Lahirlah serikandi, puteri dan ratu pertama keluarga Fauzul Na’im Ishak & Nurulhilyati Abdul Halim. Fauzul adalah cucu sulong keluarga MailJah dan anak sulong pasangan Madakhiah Ismail dan Ishak Haji Ibrahim. Nur ‘Aisyah Humaira’ Binti Fauzul Na’im dilahirkan pada jam 7.30 pagi di Hospital Bentong, Pahang. Berat ketika lahir 2.98 Kg. Bertambah meriah keluarga MailJah dengan kelahiran cicit terbaru ini.
Di bawah disertakan koleksi gambar hari pertama Nur ‘Aisyah Humaira’.
Adam Hakeem Cicit Ke 5 MailJah, Cucu Puan Hajjah Fadzilah Ismail & Tuan Haji Jamaluddin Yusof
Sebelum ini saya tidak berkesempatan mengemaskini laman web ini dengan maklumat mengenai cicit ke 5 MailJah dan adalah cucu ke 2 kepada Puan Hajjah Fadzilah Ismail dan Tuan Haji Jamaluddin Yusof. Adam Hakeem nama yang diberi, cahaya mata kepada saudara Azizol Hafidz & saudari Nuha.
Tengku Kecil Adam Hakeem lahir pada 4 Jun 2008 pada jam 4.24 pagi di Hospital Ampang Puteri. Berat semasa keluar 3.21 Kg. Tahniah kepada keluarga Hajjah Fadzilah dan Tuan Haji Jamaluddin, juga kepada sepupuku saudara Azizul Hafiz dan saudari Nuha
Di bawah disertakan gambar dalam suasana kegembiraan mereka. Ayuh kita hayati saat-saat itu.
Gambar Sekitar Pertunangan Cucu Kedua MailJah Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi
Saya baru sahaja menerima pautan bagi memuat turun gambar pertunangan daripada Ahmad Tarmizi sendiri. Mari kita hayati kemeriahan suasana pertunangan tersebut. Tahniah wahai sepupuku, tahniah wahai bakal sepupuku.
Kelahiran Cicit Ke 4 MailJah
Berita gembira buat keluarga MailJah, kelahiran cicit ke 4 MailJah. Anak kepada Fadhlil Azim & Ezan Zarina. Fadhlil adalah anak sulong keluarga Fadzilah Ismail dan Jamaluddin Yusof. Cicit ke 4 ini lahir pada jam 2 pagi 20 Ogos 2007. Kira anak merdekalah Ini adalah rakaman video yang dibuat di rumah Makngah Hamidah
Aksi Cicit Sulong MailJah : Muhammad Iqbal Nuaim
Ini adalah Muhammad Iqbal Nu’aim Fauzul Na’im, cicit sulong keluarga MailJah. Anak kepada Fauzul Na’im Ishak, cucu sulong MailJah. Fauzul adalah anak sulong keluarga Madakhiah Ismail dan Ishak Haji Ibrahim




