Jemputan Majlis Akikah Nur ‘Aisyah Humaira’ Fauzul Na’im & Faqihah Insyirah Faridul Fikri 26 Disember 2009

December 26, 2009
12:30 pmto6:30 pm

Saya bagi pihak keluarga, menjemput keseluruhan ahli keluarga MailJah bagi bersama meraikan kenduri akikah puteri saya Nur ‘Aisyah Humaira’ Binti Fauzul Na’im, anakanda adik saya Faqihah Insyirah Faridul Fikri dan Faqihah Azzahra Faridul Fikri. Ia juga merupakan kenduri kesyukuran dan hari muafakat keuarga. Ia akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 26 Disember 2009, Sabtu
  • Masa : 12.30 petang
  • Tempat : No. 188 Jalan Tengku Sulaiman, Sungai Marong, Bentong, Pahang

Besarlah harapan kami keseluruhan ahli keluarga MailJah dapat hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu nanti. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada saya di talian 0166611472 ataupun 0123804555.

Yang benar,

FAUZUL NA’IM ISHAK dan NURULHILYATI ABDUL HALIM
FARIDUL FIKRI ISHAK dan HASMINOOR ZULKAFLI

Turut mengundang :

TUAN HAJI ISHAK HAJI IBRAHIM
PUAN HAJJAH MADAHIAH ISMAIL

Majlis Akad Nikah Cucu MailJah : Ahmad Hafizal Ahmad Shanusi

March 29, 2009
10:00 amto3:00 pm

Dengan ini diumumkan majlis akad nikah anak kepada Puan Hajjah Hamidah Ismail dan Tuan Haji Ahmad Shanusi Che Mad, Ahmad Hafizal Shanusi berdasarkan maklumat berikut :

  • Tarikh : 29 Mac 2009
  • Tempat : Dewan Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Program Perjumpaan MailJah 2009, 24 Hingga 26 Januari 2009 Di KLCC Janda Baik

January 23, 2009 12:00 pmtoJanuary 25, 2009 2:30 pm

Pihak MAILJAH.COM ingin mengumumkan program perjumpaan MailJah bagi tahun 2009 akan diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 24 (Sabtu) hingga 26 (Isnin) Januari 2009
  • Tempat : Kuala Lurau Camp Centre (KLCC), Janda Baik, Bentong, Pahang
  • Daftar Masuk : 12.00 tengah hari 24 Januari 2009 (Sabtu)
  • Daftar Keluar : 2 petang 26 Januari 2009 (Isnin)

Semua ahli keluarga MailJah berserta ahli bersekutu terutamanya yang baru berkahwin amat digalakkan hadir (taraf sunat muakkad hampir ke wajib). Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh rujuk kepada Puan Madakhiah Ismail di talian 0193374384. Terima kasih.

Jemputan Majlis Masuk Rumah Fadhlil Azim Jamaludin

August 30, 2008
3:00 pmto11:00 pm

Mesej dari Fadhlil Azim Jamaludin Anak kepada Puan Hajjah Fadilah Ismail dan Tuan Haji Jamaludin Yusof

Bersempena dengan rumah baru ni,,Saya dan keluarga ingin mengadakan sedikit jamuan panaskan rumah (house warming) pada 30/08/08..Majlis dijadualkan akan diadakan pada sebelah lewat petang membawa ke malam. Majlis ni juga diadakan bagi menyambut ulangtahun kelahiran anakanda putera Danish yang ketama.. Jemputan dan peta akan disusuli kemudian Adalah besar harapan kami sekeluarga agar keluarga besar Mailjah dapat berhimpun memeriahkan majlis ni..

Majlis Pernikahan Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi (Cucu MailJah Kedua) Dengan Nurul Hafizah Mokhtar di Selama 27 Disember 2008

December 27, 2008
10:00 amto4:00 pm

Sebagai makluman awal kepada semua ahli MailJah, majlis pernikahan kedua-dua bakal mempelai Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi & Nurul Hafizah Mokhtar diadakan pada 27 hb Disember 2008 di Selama, Perak. Majlis pernikahan dijangka pada jam 10 pagi.

Kenduri dilangsungkan di rumah bakal pengantin perempuan Nurul Hafizah di Selama, Perak. Sebarang maklumat akan dikemaskini daripada masa ke semasa.

Picture 189.jpg

Ahmad Tarmizi dan Nurul Hafizah bersama keluarga kedua-dua pihak (gambar pada hari pertunangan)

Maksu Bahiyatul Nazarah Menjemput Semua Ahli & Ahli Bersekutu MailJah Ke Kota Warisan Pada 17 Mei 2008

May 17, 2008
10:00 amto8:00 pm

Maksu Bahiyatul Nazarah Ismail dan Paksu Abdul Ghani menjemput semua ahli dan bakal ahli MailJah ke Kota Warisan pada 17 hb Mei 2008. Ini adalah SMS daripada maksu yang diperoleh petang tadi

Salam semua,

InsyaAllah plan to do our family get-together at Kota Warisan on Saturday, 17 May 2008. Dijemput kakak-kakak, abang-abang, anak-anak saudara dan bakal-bakal anak saudara, cucu-cucu, I hope ALL is available. Open suggestion for menu & program.

Regards,

Zie, Ghani & Family

Apa lagi! Berilah cadangan menu. SAYA CADANGKAN BBQ KAMBING GOLEK!!!

Cucu Sulong MailJah di Rancangan Keluarga di 9, Saluran TV9 jam 1 petang Hari Ini (28 April 2008)

April 28, 2008
1:00 pmto2:00 pm

Cucu MailJah yang sulong, En. Fauzul Na’im Ishak bersiaran secara langsung sebagai ahli panel rancangan Keluarga di 9, saluran TV9 Media Prima berdasarkan butiran berikut :

  • Topik : Adat Perkahwinan Melayu
  • Pengacara : Farah Adeeba.
  • Tarikh : 28hb April 2008 (Isnin)
  • Waktu Siaran Langsung : 1.00 petang hingga 2.00 petang
  • Waktu Siaran Ulangan : 12.30 tgh mlm hari yang sama

Rombongan Meminang Ahmad Hafizal pada 30 Ogos 2008 ke Klang

August 30, 2008
12:00 pmto4:00 pm

Keluarga Ahmad Shanusi dan Hamidah akan menghantar rombongan meminang bagi anak mereka yang kedua Ahmad Hafizal Ahmad Shanusi pada 30 Ogos 2008. Rombongan ini bagi menyatakan hasrat memetik puteri di Klang, Selangor. Ahli keluarga dijemput untuk turut serta meramaikan majlis

Rombongan Meminang Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi ke Selama 14 Jun 2008

June 14, 2008
12:00 pmto4:00 pm

Keluarga Ahmad Shanusi dan Hamidah akan menghantar rombongan meminang bagi anaknya yang sulung Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi pada 14 Jun 2008. Rombongan ini bagi menyatakan hasrat memetik puteri di Selama Perak. Ahli keluarga dijemput untuk turut serta meramaikan majlis

Perjumpaan Keluarga MailJah Kali Kedua di Janda Baik 7 hingga 9 Februari 2008

February 7, 2008toFebruary 9, 2008

Berdasarkan permintaan dan persetujuan ramai, pihak saya (Fauzul) dan keluarga sudah menempah tempat di Janda Baik bagi pertemuan kali ke 2 bagi tarikh 7 hingga 9 Februari 2008. Diharapkan semua ahli keluarga MailJah dapat mengosongkan masa pada tarikh-tarikh tersebut. Ia diadakan waktu cuti Hari Raya Cina.

Danish Selamat Berkhatan

November 8, 2007
7:30 pmto9:30 pm

MailJah.Com baru mendapat berita terkini iaitu Danish Naufal, cucu kepada Puan Fadzilah Ismail dan anak kepada Fadhlil Azim selamat berkhatan semalam di Ipoh Perak.

Pihak Puan Fadzilah Ismail akan mengadakan kenduri selamat  dan bacaan Yaasin akan diadakan di kediamannya di Ipoh, Perak pada 8 hb. November 2007. Semua ahli keluarga dijemput hadir.

Puan Fadzilah akan ke London pada 23 November 2007 bagi bersama dengan suami tersayang Tuan Haji Jamaludin Yusof yang sedang berkursus di sana. Beliau berada di sana 2 bulan bagi mengikuti kursus kepengetuaan sekolah kluster.

Rumah Terbuka di Rumah Maksu, Kota Warisan

November 10, 2007
2:00 pmto10:00 pm

Dimaklumkan kepada semua ahli keluarga, Maksu Bahiyatul Nazarah Ismail menjemput semua ke rumah terbuka khusus buat keluarga di kediamannya di Kota Warisah, Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada 10 November 2007 daripada jam 2 petang hingga 10 malam. Dijemput kepada semua keluarga sepupu sepapat, datuk saudara, mak saudara, mak saudara pupu, bapa saudara, bapa saudara pupu dan semua keluarga ke sana.

Perjumpaan Keluarga MailJah di Kota Warisan

Pada hari ini (18 hb. Oktober 2007) hingga esok (19 hb. Oktober 2007) keseluruhan ahli keluarga MailJah akan mengadakan pertemuan di Kota Warisan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2007.

HIMPUNAN KELUARGA MAILJAH.COM 31 Ogos 2007

Di atas maklum balas yang baik kepada program lalu. HIMPUNAN KELUARGA MAILJAH.COM akan berlangsung sekali lagi tahun ini. Kali ini lebih hebat dengan banyak program dan aktiviti. Sukaneka, pertandingan karaoke dan banyak lagi. Ia akan diadakan di tempat yang sama Kuala Lurah Camp Centre daripada 31 Ogos hingga 2 September 2007. Semua ahli keluarga MailJah.Com dijemput hadir

Kenduri Anak-anak Pasangan Fadzilah Ismail & Jamaludin Yusof

Kenduri kahwin anak-anak Fadzilah Ismail dan Jamaludin Yusof, Fadhlil Azim dengan Ezan Zarina dan Azizul Hafidz dengan Nuha Herwati. Kenduri akan diadakan di Taman Rapat Setia Baru, Ipoh. Semua ahli keluarga dijemput hadir. Peta akan disertakan kemudian

Upacara Pernikahan Azizul Hafidz Jamaluddin

Upacara pernikahan Azizul Hafidz Jamaluddin dengan Nuha Herwati Selamat di Johor Baharu, Johor. Semua ahli keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini. Peta program akan dinaikkan dalam masa terdekat apabila mendapat maklumat daripada pihak yang berkenaan.

Azizul Hafidz adalah anak kedua daripada keluarga Fadzilah Binti Ismail, cucu keempat MailJah. Beliau bekerja di Petronas Malaysia. Lulusan King’s College, London.