Selamat Hari Raya Dari Keluarga Madakhiah & Ishak
Majlis Pernikahan Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi (Cucu MailJah Kedua) Dengan Nurul Hafizah Mokhtar di Selama 27 Disember 2008
| December 27, 2008 | ||
| 10:00 am | to | 4:00 pm |
Sebagai makluman awal kepada semua ahli MailJah, majlis pernikahan kedua-dua bakal mempelai Ahmad Tarmizi Ahmad Shanusi & Nurul Hafizah Mokhtar diadakan pada 27 hb Disember 2008 di Selama, Perak. Majlis pernikahan dijangka pada jam 10 pagi.
Kenduri dilangsungkan di rumah bakal pengantin perempuan Nurul Hafizah di Selama, Perak. Sebarang maklumat akan dikemaskini daripada masa ke semasa.
Ahmad Tarmizi dan Nurul Hafizah bersama keluarga kedua-dua pihak (gambar pada hari pertunangan)
Maksu Bahiyatul Nazarah Menjemput Semua Ahli & Ahli Bersekutu MailJah Ke Kota Warisan Pada 17 Mei 2008
| May 17, 2008 | ||
| 10:00 am | to | 8:00 pm |
Maksu Bahiyatul Nazarah Ismail dan Paksu Abdul Ghani menjemput semua ahli dan bakal ahli MailJah ke Kota Warisan pada 17 hb Mei 2008. Ini adalah SMS daripada maksu yang diperoleh petang tadi
Salam semua,
InsyaAllah plan to do our family get-together at Kota Warisan on Saturday, 17 May 2008. Dijemput kakak-kakak, abang-abang, anak-anak saudara dan bakal-bakal anak saudara, cucu-cucu, I hope ALL is available. Open suggestion for menu & program.
Regards,
Zie, Ghani & Family
Apa lagi! Berilah cadangan menu. SAYA CADANGKAN BBQ KAMBING GOLEK!!!
Muat Turun Koleksi Gambar Perhimpunan MailJah 7 hingga 9 Februari 2008
Bagi mana-mana ahli keluarga MailJah yang ingin melihat semua gambar yang diambil semasa perhimpunan MailJah yang diadakan baru-baru ini boleh terus ke galeri MailJah.Com (Klik Di Sini).
Bagi yang ingin memuat turun (download) gambar yang HiRes (yang clear) untuk dicuci di kedai gambar boleh memuat turunnya di sini (Klik Di Sini)
Menu Cadangan Perjumpaan MailJah 7 Hingga 9 Februari 2008
Perjumpaan sudah semakin dekat, mari cadangkan menu.
Cadangan Maksu Bahiyatul Nazarah
- beehoon goreng/ kue-tiew goreng/ nasi goreng
- jemput udang
- roti canai
- barbeque – ikan/kambing/sausage/ayam
- ayam kuzi
Mari tambah! Siapa ingin cadangkan lagi?
Perjumpaan Keluarga MailJah Kali Kedua di Janda Baik 7 hingga 9 Februari 2008
| February 7, 2008 | to | February 9, 2008 |
Berdasarkan permintaan dan persetujuan ramai, pihak saya (Fauzul) dan keluarga sudah menempah tempat di Janda Baik bagi pertemuan kali ke 2 bagi tarikh 7 hingga 9 Februari 2008. Diharapkan semua ahli keluarga MailJah dapat mengosongkan masa pada tarikh-tarikh tersebut. Ia diadakan waktu cuti Hari Raya Cina.
Rumah Terbuka di Rumah Maksu, Kota Warisan
| November 10, 2007 | ||
| 2:00 pm | to | 10:00 pm |
Dimaklumkan kepada semua ahli keluarga, Maksu Bahiyatul Nazarah Ismail menjemput semua ke rumah terbuka khusus buat keluarga di kediamannya di Kota Warisah, Salak Tinggi, Sepang, Selangor pada 10 November 2007 daripada jam 2 petang hingga 10 malam. Dijemput kepada semua keluarga sepupu sepapat, datuk saudara, mak saudara, mak saudara pupu, bapa saudara, bapa saudara pupu dan semua keluarga ke sana.
PERHATIAN! : Pohon Cadangan Perjumpaan MailJah Seterusnya
Alhamdulillah perjumpaan MailJah di Kota Warisan berjaya dengan cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Rumah dan Penaja Utama iaitu Bonda Bahiyatul Nazarah. Terima kasih juga kepada chef-chef yang bertungkus lumus menyiapkan juadah. Chef Bonda Madakhiah Ismail, Chef Bonda Hamidah Ismail, Chef Bonda Fadzilah Ismail dan pembantu-pembantu daripada kalangan para cucu cicit Mailjah yang ada.
Ada cadangan bagi mengadakan perjumpaan seterusnya di Bentong ataupun Janda Baik selepas Hari Raya Aidil Adha. Pihak saya memohon maklum balas semua bagi mencadangkan tarikh untuk mengadakan perjumpaan tersebut. Ini bagi memudahkan pihak saya membuat penempahan tempat dan penyediaan menu (berserta bajet
) sekali. Boleh dibincangkan di ruangan diskusi di bawah. Cadangannya selepas Ayahanda Jamaludin pulang dari London. Pohon perhatian.
Keluarga Fadzillah Ismail Sudah Dinaikkan
Alhamdulillah dengan kerjasama daripada Maklang dan Paklang semalam, ruangan keluarga Fadzillah Ismail sudah dinaikkan. Boleh dilayari di
http://mailjah.com/about/keluarga-fadzilah-binti-ismail/
Cadangan Tarikh Baru Perjumpaan MailJah
Pihak keluarga kami, maklang dan paklang berbincang mengenai tarikh perjumpaan MaiJah yang dicadangkan pada 31 Ogos 2007 ini. Selepas meneliti kalendar, didapati tarikh tersebut tidak bertembung dengan cuti sekolah. Ini menimbulkan kesulitan kepada beberapa keluarga yang tidak pencen.
Sehubungan dengan itu pihak kami mencadangkan tarikh baru iaitu 18 dan 19 ogos 2007 sebagai tarikh perjumpaan yang baru. Mendaftar masuk 18 ogos dan mendaftar keluar 20 ogos 2007. Ada sebarang komen daripada orang lain.
Siapakah Mereka Ini?
Siapa boleh teka siapakah mereka ini?

Maklumat Keluarga Bahiyatul Nazarah Sudah Dinaikkan
Saya sudah menaikkan maklumat keluarga Maksu Zie di bahagian Keluarga Bahiyatul Nazarah. Boleh melawat di
http://mailjah.com/about/keluarga-bahiyatul-nazarah-binti-ismail/
Perjumpaan Pada 31 Ogos 2007 Hendak Buat Dua Malam Ataupun Satu Malam?
Cadangan mengadakan program di Janda Baik pada 31 Ogos 2007 sudah dipersetujui bersama dengan sebulat suara. Cuma sekarang kita hendak tahu adakah kita mahu buat dua hari satu malam ataupun tiga hari dua malam? Ada yang mahu komen?
Cadangan Pakngah Untuk Buat Perjumpaan Di Janda Baik 31 Ogos 2007
Assalamualaikum,
Saya mendapat maklumat daripada mama saya, Madakhiah Binti Ismail bahawa Pakngah Sanusi mencadangkan agar kita buat sekali perjumpaan keluarga di Janda Baik, tempat yang sama pada 31 Ogos 2007. Tinggal di sana 2 malam. Ada sesiapa boleh beri komen mengenai perkara ini? Kalau ada yang bersetuju boleh nyatakan sokongan di sini.
Album Gambar Di Janda Baik Sudah Dinaikkan
Alhamdulillah saya sudah naikkan kesemua gambar dalam koleksi saya di ruangan Album Memori MailJah.Com. Semua boleh melawat di
Bagi yang ada simpanan gambar lain bolehlah mengirimkan kepada saya bagi dinaikkan di ruangan ini. Gambar-gambar dalam ruangan Memori MailJah.Com ini resolusinya rendah. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan kirimkan gambar yang resolusi tinggi kepada semua. Terima kasih
TAHNIAH KEPADA CUCU-CUCU MAILJAH DI ATAS KEJAYAAN DALAM SPM 2006
Pihak pentadbiran MailJah.Com baru sahaja mendapat berita kejayaan cucu-cucu MailJah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2006 yang diumumkan hari ini. Keputusannya adalah seperti berikut :
Abdul Mu’iz Abdul Ghani

Abdul Mu’iz adalah anak sulong keluarga Bahiyatul Nazarah Binti Ismail dan Abdul Ghani Hasan. Beliau belajar di Maahad Hamidiyah, Kajang. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia beliau adalah
8A, 4B dan 2C
Ainil Nazmin Jalal

Ainil Nazmin adalah anak kedua keluarga Fariyatul Adilah Binti Ismail dan Jalal Juraie. Beliau belajar di Maktab Rendah Sains MARA, Taiping. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia beliau adalah
9A : 7A1, 2A2
TAHNIAH DIUCAPKAN! SEMOGA DAPAT MENERUSKAN KECEMERLANGAN DI MASA-MASA HADAPAN
Resolusi JANDA BAIK 2007
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah kita sekeluarga berjaya menganjurkan program keluarga kali ke berapa saya pun tak tahu
. Walaubagaimanapun dalam perjumpaan kali ini ada beberapa resolusi dibuat dan salah satunya mewujudkan laman web khas bagi Keluarga Ismail & Khadijah bagi memudahkan interaksi di antara ahli keluarga. Alhamdulillah malam ini saya berjaya juga naikkan laman ini walaupun masih mentah sebab rekabentuknya masih tidak dirancang. Namun begitu ia adalah permulaan yang baik. Diharapkan ia tidak hanya jadi laman usang sahaja. InsyaAllah. Harapan saya sebagai pentadbir laman hubungan antara keluarga dapat dieratkan dengan wujudnya laman ini. InsyaAllah banyak lagi yang perlu dibuat, jika ada sebarang cadangan boleh terus lontar di sini.




